Wednesday 22 October 2014

10 HASRAT YANG INGIN SAYA CAPAI - HOMEWORK 1 KELAS COPYWRITING TUAN FENDI MOHD

Assalamualaikum WBT.
Salam kasih sayang.

Mengikuti kelas copywriting Tuan Fendi adalah nikmat tak terhinggakan.

Tuan Fendi bagi homework ini. Dan saya kongsikan disini. :-)

HOMEWORK :
CATAT 10 hasrat yang anda ingin capai. Cari gambar yang boleh bantu anda lihat hasrat anda.

10 HASRAT YANG SAYA INGIN CAPAI ADALAH SEPERTI BERIKUT :



1. Saya memberi  kepada mama sejumlah RM1000 sebulan secara konsisten. Gerak kerjanya adalah mengasingkan dahulu sejumlah wang bermula RM200 dan meningkat secara sekata setiap bulan sehingga mencecar Rm1000 sebulan. Jika mama taknak terima kerana terlalu banyak katanya, masukkan sahaja dalam bank mama.




2. Saya membawa mama dan papa menunaikan haji di mekah dengan mudah, lancar dan tanpa hutang. Saya mesti pelajari dahulu bagaimana cara praktikal menunaikan haji agar jika direzekikan ke sana, saya telah bersedia. Saya buat buku tabung haji dan daftarkan dahulu. Potong sejumlah amaun untuk tujuan kesana. Semoga dipermudahkan.




3. Saya mengikuti pakej pendidikan platinum Dr. Azizan Osman dengan mudah, tenang tanpa hutang. Keterujaan itu berkobar apabila berada dalam kelompok alumni platinum kelas Dr. Azizan, walau hanya di muka buku. Akhirnya saya berjaya buat seminar segagah Dr. Azizan juga. Platform motivator untuk berkongsi ilmu. Ia tidak perlu difikirkan logik. Semoga dipermudahkan Allah




4. Saya mengadakan seminar dengan menjadi speaker bersama minima 300 orang remaja wanita islam dengan mudah, lancar, berkesan dan penuh kasih sayang. Kongsikan buku bermakna kepada para muslimah muda ini. Menjadi semahal-mahal wanita. Dari hati ke hati wanita.




5. Saya memiliki kereta vios putih dengan mudah tanpa hutang. Vios ini untuk menjenamakan diri. Untuk menunjukkan Islam itu gagah dan kaya. Bukannya memakai kereta cabuk second hand yang dipandang sebelah mata. Untuk permulaan, vios dahulu. kemudian upgrade kepada Corolla, Honda Civic dan seterusnya. Kata-kata motivator dengan kereta berjenama pasti lebih berkesan di hati pendengar. Jika itu penanda aras karisma untuk islam, maka ia suatu keperluan. Semoga dipermudahkan.



6. Saya menghadiahkan kepada papa set memancing  bernilai RM1000 agar papa boleh memancing dengan teruja dan gembira. Papa terlalu sabar orangnya. Didikan melalui teladannya berkesan. Semoga hadiah kecil ini menggembirakan hati papa kerana inilah aktiviti yang menjadi passionnya. Papa sanggup pergi memancing selepas subuh dan balik sebelum pukul 8 jika diwaktunya bekerja dahulu. Itu papa hebat. Sabarnya luar biasa.



7. Saya menulis buku bestseller yang diulang cetak sebanyak 5 kali setahun dengan mudah dan lancar. Buku bestseller ini pastinya buku yang terlalu banyak nilainya umpama buku mudahnya menjemput rezeki. Setiap mata yang memandang Al-Quran didoakan turut memandang buku ini. Semoga ilham untuk menulis buku seumpama ini direzekikan.



8. Saya mahir berenang dan menjadi jurulatih renang kepada para perenang newbie ditempat tertutup untuk muslimah wanita sahaja dengan mudah, berkesan dan lancar. Apabila ternampak kolam renang pasti hasrat untuk berenang itu ada mekar dalam hati, namun ia terpaksa ditutup kemas melihatkan keadaan sekeliling yang tidak mengizinkan.



9. Saya mahir berbahasa arab dan inggeris dan mampu berkomunikasi dengan fasih hingga mampu menterjemah dengan sangat baik, lancar dan mudah difahami. Kemahiran ini menjadikan saya mampu menghadam buku bahasa inggeris dan kitab arab dengan baik yang ditulis oleh penulis asal buku tersebut dan bukannya buku terjemahan. Ia untuk mempastikan aliran ilmu yang dimaksudkan sampai 100% dengan jayanya. Ia pasti pengalaman yang hebat. Membaca kitab arab tanpa baris sambil senyum sendiri seperti si abang ipar. Katanya cerita pasal si cerdik wanita. Senyuman itu membuatkan curiosity naik sampai tahap tak tahu nak kata. Dan, ya saya jeles!!





10. Saya mahir memasak beraneka jenis hidangan untuk disajikan kepada orang ramai dengan penuh keyakinan, mudah,  dan sedap. Ikatan hati antara motivator dengan pendengarnya adalah melalui air tangan. Bak kata acik "semua anak mama pandai masak". Yes!! you a master chef at home!!

p/s : semua gambar di atas adalah ihsan en. google tanpa edit satu pun (er, belum berapa nak reti edit, soon nak belajar hingga reti n expert). Terima kasih banyak ya en. google.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10 yang diatas merupakan senarai 10 hasrat hati saya.
Dari sudut hati terdalam.
Saya kongsikan disini.

Agar anda juga berimpian.
Nampak dengan jelas impian terbentang didepan mata.

Selamat berimpian semua.
Semoga impian anda menjadi nyata.

Ya, tiada yang mustahil di muka bumi ini.
Jika Allah berkehendak, hanya kun, maka jadilah ia seperti yang dikehendakiNYA.

Maka, kita aminkan sama-sama ya.

Salam sayang dari saya untuk semua.
Assalamualaikum wbt.

1 comment: