Friday 24 October 2014

MAKA TULISLAH

Assalamualaikum WBT.
Salam kasih sayang.


Aktiviti menulis adalah aktiviti mencatat sesuatu yang terlintas di minda agar tidak lupa. Almaklum, insan itu maksudnya pelupa. 

Ok, sebagai contoh aktiviti menulis agar tidak lupa adalah :
- menulis menu order di restoren
- meulis resepi 
- menulis barang-barang yang perlu dibeli
- menulis tarikh lahir
- menulis nombor telefon
- menulis list to do
- menulis nota yang diajar di dewan kuliah. 

Ya. jika tak tulis maka kita akan lupa.
Betul tak?

ok, baiklah. 

Rupanya menulis itu suatu yang lebih luas daripada itu. 
Aktiviti percambahan idea yang Allah kurniakan adalah nikmat terbesar yang wajib ditulis agar tidak lupa dibawa angin lalu. 

"Imah, aku ada benda nak cerita ni", kata ssiti kepada rakan serumahnya Imah. 
" Kejap Siti sikit lagi ni nak masak dah maggi," kata Imah. 
3 minit kemudian. 
"Ok, nak cakap apa Siti", kata Imah senada.
"Ala, ada tadi aku nak cakap, jap, ala lupa da, jap2, pasal kedai baju yang kita pergi tadi," luah Siti. 
'Ye la, tapi apa?" kata Imah menunjukkan minat. 
"Alamak, aku tak ingatlah, serius, nanti kalau dah ingat aku cerita balik kat kau ya Imah," kata Siti mengakhiri perbualan. 

Kan.
Ni antara situasi bila postpone apa yang ada dikepala.
Alamatnya lupa.

Ok, maka sekarang saya cadangkan tulislah apa sahaja yang dirasakan penting didalam buku kecil.
Ia membantu proses ingatan dan juga menjadi rujukan dimasa akan datang.

Saidina Ali karamallahu wajhah  pernah berkata "tambatlah ilmu dengan menulisnya. "

Wallahu a'lam.

Salam sayang dari saya,
Assalamualaikum WBT.

No comments:

Post a Comment