Wednesday 22 October 2014

GENAPLAH 9 BULAN DIRIMU PERGI...

Assalamualaikum para bidadari syurga. juga buat para khalifah Allah.

Melihatkan tarikh hari ini. Membuatkan ku tersentak seketika. 

Ia tarikh bersejarah pada tanggal januari yang lepas. 

Iaitu perginya seorang sahabat terbaik menerima jemputan Ilahi. 

Panggilan abadi. 

Rehat dan berbahagialah dirimu wahai sahabat. Siti Maisarah Binti Mohmad Jeofrey. 

Hari ini. genap 9 bulan dirimu disana. 

Sungguh, diriku terlalu rindukanmu, sahabat.

Beliau sahabat yang terlalu istimewa, tiada gantinya. 


Sahabatku ini.
Telah mengajarkan apa maknanya sahabat sejati. 
Sentiasa menegur salahnya diriku tika berdua.
Sentiasa memberi semangat dan dorongan tika tak berdaya. 
Sentiasa berkongsi apa adanya hatta biskut cuma.
Sentiasa memberi cerita yang ada maknanya.
Juga menyemai sikap sukakan buku dan membaca. 
Berkongsi kemahiran dan ilmu yang dirinya punya. 
Hatta sebesar zarah cuma. 
Katanya "saya suka sembang yang ada isinya".

Sungguh, dirimu luar biasa sahabat. 

Pasti ada maknanya yang tersirat dirimu dikirimkan menjadi sahabatku. 
Sungguh, tersirat dan maknanya itu sangat banyak untuk ku nukilkan. 

Sungguh, dirimu sebaik-baik sahabat yang pernah ku dampingi.
Ku doakan dirimu ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Dianugerahkan balasan syurga firdaus atas segala kebaikan yang telah diberikan. 

Nikmat berterman dengan mu adalah nikmat terbesar yang tidak terhinggakan. 
Mengingatimu dan merinduimu teman menjadikan diriku sentiasa ingatkan perjalanan kesana. 
Dirimu telah selamat dalam perjalanan ini sahabat. 
Sedangkan diriku diakhirnya bagaimana?
Moga husnul khatimah hendaknya.

Dan sering berlegar dikepalaku, saat yang ku punya tika ini adalah bonus umur yang Allah berikan.
Untuk menjadi hamba sebenar-benar hamba. Juga khalifah sebenar-benar khalifah. 

Itu ceritaku bersama seorang sahabat baik bernama Siti Maisarah Binti Mohmad Jeofrey. 
Mohon sedekahkan fatihah buatnya ya. 
Didoakan kalian semua yang membaca mendapat kebaikan dan keberkatan berlipat kali ganda atas kesudian itu. 

Didoakan semoga kalian semua dalam kasih sayang Allah sentiasa. Di setiap tempat dan masa. 

Salam kasih sayang dari saya. 
Assalamualaikum wbt. 


No comments:

Post a Comment