Wednesday 22 October 2014

DETIK PERMULAAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Selawat dan Salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda juga para sahabat keseluruhannya. 

Alhamdulillah. 

Masih bernyawa di atas muka buminya. 

Terciptanya blog ini adalah dengan kasih sayang dari Maha Pencipta.

Dengan nikmat kesihatan tubuh badan, 
Dengan nikmat kesempurnaan akal fikiran, 
Dengan nikmat kebendaan peralatan,
Dengan nikmat kelapangan masa,
Dengan nikmat keinginan untuk berkongsi,
Dengan nikmat terangnya mata. 

Setiap satunya terlalu banyak untuk dinukilnya. 
Maha hebat dan baiknya Allah kerana memberi lebih dari apa yang diminta. 
Malah tetap memberi walau hambaNYA berbuat dosa tanpa segan silu.

Sungguh, aku malu. 

Hasrat hatiku, agar blog ini menjadi jambatan berkasih sayang kerana Allah.
Mencipta silaturahim yang diberkatiNYA. 
Berkongsi ilmu apa adanya dalam jiwa. 

Didoakan semoga anda semua dalam kasih sayang Allah jua. Sentiasa. Disetiap turun naiknya nafas. Disetiap langkah kaki dimuka buminya. 
Moga menjadi hamba sebenar hamba. 
Juga menjadi khalifah sebenar khalifah. 
Kerana itulah asbabnya kita berada dimuka bumi nan indah ini. 

salam kasih sayang dari saya untuk semua. 
Assalamualaikum wbt. 


No comments:

Post a Comment